Blogger Backgrounds

Monday, September 26

nukilan hati

Assalamualaikum w.b.t.

Exam dah nak dekat,for pmr minggu depan !! spm 48 days more to go ,ohoii! cepatnya masa berlalu,tak terasa langsung,rasa macam baru ja masuk sekolah :'(

2 jam tadi aku ada terbaca someone ni post kat facebuk about this BLOG ,syok! rasa tenang ja hati bila baca semua coretan dia,.Insaf satt!
Mintak-2 insaf selamanya Amin !

Nak habaq tu ja,,byee..Assalam :)

Friday, September 16

Library lagi. .

Assalamualaikum..

Hye awak awak awak ! = =' .Like as usual,hari ni hari khamis,15/09/11. Library lagi..'Hok alohh tak habeh-habeh library' ,'bia la doe belog aku ,bukan kau punye'.

Tadi Atie buat open house ,ado nasi tomato,sedap tapi tak boleh tambah dah sebab mama Alin mai amek awai, :'( .Sorry Atie,btw,mak hampa masak sedap! Thank youu

Sampai jaa library ,tak ramai pun,syok syok.Setelah beberapa minit ber-facebook,seangkatan tentera budak KSAH mai,ramai kott,#takley kata pa depa ada bas ,kita takda bas.

Yang tu takpa lah biaq p kat depa,aku nak cerita benda yang memalukan jaa,takmau cita sai orang buad date kaa,mengutuk kaa,usha mengusha ka,secret admire ka,duda dadu kaa..Aku nak cerita tentang perkara yang memalukan !

The story begin with....

Aku as usual lah,kalau bawak lappy mesti nak dengar lagu punya,#pakai earphone lahh.Aku pilih lagu yang first sekali yg ada dalam list,agak jiwang laa..Tengah dengar lagu elok-elok,entah macam mana earphone tu tak dengar.aku pun sambil mengusha orang turun tangga,tangan aku gatal nak betulkan earphone connection device.Tak semena-mena aku tercabut sikit connection device tu. >.<' tiba-tiba dengar "Dan aku masih di sini sayang!!!".Lepas tu Alin tegur "Shera!".Aku tersentap terus aku sambungkan balik.Dah tu sempat pulak felix nyanyi lagu tu sebaris habis!

Alin dengan Pkah memang dah tunduk dah,aku yang duduk membelakangi orang lain ni #menghadap rak buku.buat bodo ja,sebab aku taktau sapadia yang tengok. >.<. Aku cakap kat Alin dengan Pkah "Rileks la wey,jangan la malu sangat,jangan la tunduk-tunduk".Mentang-mentang lah aku tak tangok orang lain,slamber bodo aku ja cakap macam tu..Selepas tu,Sheda gtau.."Tau x ada orang cakap 'haaaa' time lagu felix tu".Yeah aku tau lirik dia tu,

Fikir-fikir balik macam sengaja ja aku bukak lagu kuat-kuat sebab ye la,mata aku tengok budak-budak laki yang tengah turun tangga,tangan dok rosek benda alah tuu..okay stop !

Second story....

Dalam sejam selepas tu,aku duduk dengan Nabila and Aina.Takpa lah,Aina pinjam lappy aku,onlinee lee..and dengar ,kalau tak silap aku lagu 'Jangan Menangis Lagi by Kangen Band' .Then Nabila mintak earphone,Aina berkeras takmau bagi sampai depa main tarik-tarik lappy aku,= =' lepas tu connection device tu tercabut ! and kali ni volume diaa..100! fuhh..malu gila...#tadi tak pandai malu sangat.Kali ni lagu tu bunyi lama la jugak sebab kami tiga orang tersentap.hahaha,tak larat nak gelak.Orang dok tengok jaa..>.<'

Actually,ada lagi tapi malas nak cerita.hehe,

gtg,esok tuition,byee..As'salam.

SI: Bila la kita boleh duduk dua-2?
....Double A 

Wednesday, September 7

; ohoii !

Assalamualaikum... :-)

Hyee hyee hyee ! lamanyaa tak update belog ,! rindunyaa!.okay terdapat kegedikan disitu.Aku pun taktau kenapa baru hari ni terasa nak update belog,adoiyaii,bukan ada orang nak baca pun -,-' .haha.

Quite busy la sekarang ni,maklumlah exam exam exam ,study study study ,cakap cakap cakap ,erk ? yang tu bukan,tapi dalam hidup kita kalau takdak pot pet pot pet mana best ya tak ? haha,

Soalan aku hari ni ialah 'Kenapa?' ,'Why?'

Soalan tak berjenis langsung ! memang semua orang akan tanya diri dia kenapa so on,so on kan ? kenapa aku ni cantik sangat ? kenapa aku ni terlebih pandai ? haha,dah dapat semua okay pun nak tanya kenapa lagi ? bersyukur la beb !

Kadang-kadang ada orang cakap kalau kita cakap Kenapa? Kenapa? and Kenapa? *macam tak puas hati dengan apa yang kita ada kannnn....dianggap tidak bersyukur,dan menidakkan kuasa Allah S.W.T.
Betul ka?

Mungkin sebab kita terlalu memfokuskan kat perkara yang kita nak dan bukan perkara yang kita ada.
Maksudnya kita nak something yang lebih dari apa yang kita miliki.

Kedua,sebab kita terlalu suka membandingkan diri kita dengan orang lain.

"Dia comel laaa,kalaulah aku comel macam diaa..." #berangan
"Dia pandai adik dia tak pandai ,."

Perkara macam ni pun boleh jadikan kita orang yang tak reti-reti nak bersyukur.hmm..
Kadang-kadang aku pun macam ni jugak,
Teringin itu ini,adakah ini sifat asli manusia?

Akhir kata bersyukurlah !

SI : Doakan aku supaya dapat further study ke universiti, tak kira lah local ke oversea ke,hehe

Monday, August 29

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya ! rasa macam baru puasa jaa, :(
harap-harap tahun depan dapat jumpa lagi Ramadan ,Amin...
Taktau nak update apa dah ,sebab dah lama tak mengaktifkan jari jemari nih ,

Hampa hampa...kami nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki tau tau,
kalau kami ada buat salah kaa,terkasar bahasa ka,mengumpat kaa,jeling-jeling,kami mintak maaf tau .
Kami sayang hampa *sila lempang saya sebab mengeluarkan statement sebegitu*

Kami tulih benda yang tak sedap didengar ka,tak enak dirasai kaa kann ,sedapnya kalau makan tom yam dengan hujan-hujan macam ni ,yumm yumm..
eh eh ,melalut pulakk ,okay byee !

lepas raya nanti I update banyak-banyak okay ,atotototo.
tapi tak janji la sebab exam around the corner ,hoho

Kalau makan kuih raye tu ingat kat kitew tau !

Monday, August 22

#1 Hai Aekem Posner



Posner you're awesomeee friends !..erk ? #aku gedik sangat dak ?
;p
subcribes it yaww!

Selamat Hari Raya Aidilfitri you olls!


Kiteww tak beli lagii baju rayee,baju ni jew boleh tak ?

Saturday, August 20

Gaduh lagi

Assalamualaikum..

lamanyaa aku tak update belogg! rindu....uhukkkss galak!

Alhamdulillah dah masuk hari ke 20 kita berpuasa ..yeayy! nak raya tapi baju raya tak beli lagi,kasut raya tak beli lagi :'(
Saye tak raya tahun ini.Ototototototo,..takut la nak balik lampung,mesti aunty,uncle,cousin tanya result.
Ohhh Myyy GOD! result saya terukss la awak!

Hmm..sapa ada idea macam mana nak berbaik balik? atas sebab salah faham?

itu sajee...busy la semanjak dua menjak ni...

SI : Alinn! i'm sorryyyy!

Thursday, August 11

boleh bagi tak ?

yeyy!
aku berjaya tak update blog,err,.

Okay sebelum tu Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.[maaf kalau silap ejaan]

Sekarang ni,selain study aku berjinak-jinak dalam bidang penulisan.Yes,aku nak buat novel.
Novel cinta le,sebab tu ja yang aku tau.hehee*gelak cover*

Title taktau laa lagi,sebab baru buat bab 2.erk! okay aku memang suka habaq awai-awai nak bagi hampa beli,haha *macam jadi ja novel tu.

Aku menulis ni pun sebab teringin.Rasa macam best ja,lagipun ada orang sokong aku.yeahh! thanks Alin.
Dia banyak bagi idea nak tulih apa.Nak baca? hehe,malu laa..nanti nah :)

Okay bye,nak sambung mentulis..

PANAS!
--->andyhowtt kena troll dengan makcik
--->Pencerahan terhadap kekeliruan identiti

Saturday, August 6

M

Assalamualaikum wbt..


Okay diam,aku tau aku dah mungkir janji.Sembang kemaih takmau update belog.
Beberapa minit yang lalu aku ada terbaca karangan yang panjang berjela nie kat blog cikgu.Ni kat bawah ni,aku share bagi hampa baca sama.


By the way,karangan ini ditulis oleh Nurulhaq Bin Arshad yang meraih naib johan dalam Pertandingan Menulis Esei Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Sembilan 2009.


Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok yang membimbangkan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok (2001) membuktikan 20 peratus perokok di Malaysia terdiri daripada golongan remaja dan statistik ini meningkat setiap tahun. Dianggarkan 50 hingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Siapakah yang perlu dipersalahkan apabila generasi pewaris kepimpinan negara terlibat dengan gejala merokok? Tidak sedarkah para remaja bahawa merokok ibarat perjalanan bahaya menempah maut? Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga ke arah kecemerlangan negara.

Hari Tanpa Tembakau merupakan inisiatif proaktif Pertubuhan Kesihatan Sedunia secara global, bertujuan mengingatkan masyarakat tentang wabak tembakau yang meracuni gaya hidup masyarakat sedunia serta membunuh empat juta penduduk dunia setiap tahun. Angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta orang pada tahun 2030. Statistik daripada Sufean (2004) menunjukkan 49 peratus lelaki dewasa di Malaysia, merokok, dan jumlah ini melebihi peratusan perokok di negara maju, iaitu 38% di Britain, 35% di Amerika Syarikat dan 30% di Sweden. Setiap hari, antara 14,000 hingga 15,000 remaja mula menjadi penagih tembakau di negara maju. Di negara-negara membangun dan di negara mundur, perokok remaja meningkat antara 68,000 hingga 84,000 orang. Tegasnya, masyarakat perlu sedar akan bahaya merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.


Sebatang rokok yang dinyalakan oleh perokok mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang boleh membawa maut. Bahan kimia dalam asap rokok termasuklah ammonia (pencuci lantai dan tandas), arsenik (racun tikus), aseton (peluntur warna kuku), asid asetik (cuka), asid stearik (lilin), butana (cecair pemetik api), DDT (racun serangga), etanol (alkohol), heksamin (pencucuh barbeku), hidrogen sianida (gas beracun yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati), karbon monoksida (asap kenderaan bermotor), metana (gas paya), metanol (minyak roket), naftalena (ubat gegat dan kapur barus), nikotin (dadah yang menagihkan), tar, toluena (pelarut industri) dan vinil klorida (bahan untuk membuat PVC). Sekiranya perokok benar-benar menyayangi dirinya, mengapakah dia sanggup membinasakan dirinya sendiri dengan merokok? Hargailah kesihatan dan nyawa, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Racun paling berbahaya dalam sebatang rokok ialah tar, karbon monoksida dan nikotin. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia penyebab kanser. Kajian perubatan mengesahkan "benzopyrene" iaitu sejenis "polycyclic aromatic hydrocarbon" merupakan agen yang memulakan proses kejadian kanser. Justeru, tidak hairanlah, statistik di Malaysia membuktikan merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kes kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan oleh 10 jenis kanser, iaitu kanser paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. 50 peratus kematian pula berpunca daripada sakit jantung dan strok. Setiap tahun, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat kanser, sakit jantung dan penyakit sekatan pulmonari kronik. Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung berpunca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan penyebab utama kematian perokok, manakala strok merupakan pembunuh keempat. Lebih menyedihkan, negara kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan penyakit akibat gejala merokok. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."

Karbon monoksida di dalam rokok pula, merupakan gas beracun yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas tersebut menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu sehingga tisu-tisu terencat dan akhirnya mengakibatkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok memasuki tubuh manusia, racun berkenaan menyebabkan kerosakan pada setiap organ di sepanjang laluannya, bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, sehingga menyebabkan bronkitis di bahagian paru-paru. Racun rokok turut merosakkan pundi udara dalam paru-paru dan menyebabkan penyakit emfisima.

Selain mendatangkan implikasi kronik terhadap diri perokok, asap rokok yang dihembus oleh perokok, atau asap rokok basi (istilah saintifiknya, merokok secara pasif) turut menjejaskan kesihatan orang di sekelilingnya. Profesor Dato' Dzulkifli Abd. Razak, mantan naib canselor Universiti Sains Malaysia dalam rencananya, "Asap Rokok Basi: Dedahkan Faktanya" menjelaskan, asap rokok basi mengandungi lebih banyak bahan beracun seperti nikotin, formaldehid dan benzene, berbanding asap rokok yang disedut oleh perokok. Asap ini lebih berbahaya kerana asap berkenaan terapung di udara beberapa ketika.

Asap rokok yang dihidu akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, serta menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air, akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin bukan sahaja mendatangkan ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Nikotin turut merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ-organ yang berkaitan. Kesan ini, dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, kebas pada jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki dan serangan penyakit jantung. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan menerusi air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Tegasnya, sudah terang lagikan bersuluh, perbuatan merokok membawa beratus-ratus masalah kesihatan yang tiada noktah penghujung.

Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama "bagai aur dengan tebing" memperkasakan usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan merokok akan mendatangkan implikasi negatif kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan juga negara. Ibu bapa wajar menjadi teladan terbaik bagi anak-anak dan menasihati anak-anak agar menghindari tabiat merokok. Kementerian Kesihatan, pihak sekolah dan pihak media massa juga perlu memainkan peranan signifikan untuk memastikan bilangan perokok dapat dikurangkan, bak kata peribahasa, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Aktiviti bersempena Kempen Antimerokok wajar diteruskan dengan berkesan agar maklumat tentang bahaya merokok berupaya menginsafkan masyarakat. "Rokok Tiada, Kehidupan Bahagia." Bersama-samalah kita berpadu tenaga mewujudkan suasana Satu Malaysia yang lebih sihat dan ceria, bebas daripada kepulan asap rokok yang menjerumuskan kita ke lembah maut. "Kesihatan Cemerlang, Masyarakat Gemilang, Negara Terbilang."

sumber[teratak cikgu]

Kemalasan

Assalamualaikum..

Aku sangat-sangat malas nak update blog buat masa sekarang.Ni pun gagahkan diri menghupdate blog,idk why,
Aku rasa there's no story to tell and aku nak study study and study.Trial dah dekat.

Ohh My God,kenapa aku ni susah sangat nak pegang buku? buat latihan,awal tahun dulu aku yang paling semangat p beli itu ini,tapi bila dah beli tak manfaatkan.

Stress.Yeah I'm really stress sebab semua orang push aku habis-habisan,give me time to relax too la,kalau baca buku tapi stress nak masuk apa?

Apa-apa hal doakan aku did my best on my trial.. 0.0.Thank you.

lots of love shera...

SI: tak akan update belog selama dua minggu...

Friday, August 5

Selamat Tinggal kawan...baik-baik di 'sana'

Assalamualaikum...

First sekali aku nak hampa baca Al-Fatihah dulu....doa bagi arwag ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dijauhkan dari seksaan kubur.Wallahualam..tq.

Kawan..
Walaupun aku tak pernah rapat dengan hang tapi kita pernah jumpa,
Kita pernah sembang sekali,..

Kawan..
Aku akan doakan hang selalu,InsyaAllah..
Walaupun masih tak percaya semua ni,
Sepantas kilat hang p ,
Takdir Allah tiada sesiapa yang dapat halang..

Kawan..
Aku rasa bersalah sangat kutuk hang time kat library haritu,
Now tanpa sempat aku meminta maaf,..
Hang pergi dulu..

Kawan..
Selamat Tinggal...
Maafkan aku..

Aku rasa baru semalam aku jumpa arwah,baru semalam kutuk dia,sebab sweet sangat dengan awek dia,.

Ni cerita time aku dengan pqah kutuk-kutuk dia-Baca entry ini [dia geng sekali dengan budak poyo tu..]
CORETAN UNTUK ADEQ...

Thursday, July 28

date♥ [part 5]

Assalamualaikum..

Apa habaq? haha howawu ? tajuk cam gempak je kan? padahal tak buat date pun tadi,saja je,yelah kalau setiap hari Khamis kan aku buat date ..dengan errr..dengan..haaa!..dengan buku,.errr,shhssss,diam! jangan cakap apa-apa..

As usual,sampai masuk library cari tempat and duduk buat revision plus homework yang makk aii berlambak gila,mula-mula tu ingatkan ramai,tetengok ada la dlm 2-3 couple *amoehh dahsyat depa noh buat date kat library.Neh neh nak kata kat orang hang tu? bukankan sebelum-sebelum ni pun dok buat date ka? errr..okay menyerah >.<.

Act' tadi sepatutnya ada 'orang tu',tapi dia cancle last minute,so buat bodo je lah,nak buat macam mana dah dia nak balik hometown dia or home sweet home dia kan,haha..*macam sindir je bunyi,takla takla ,jgn amek hati nah 'orang tu'


Tau tak tadi ada satu incident yang terjadi..nak tau tak apa..kami memang berharap sangat tidak bertembung or berjumpa dengan 'mamat poyo' nie,at last..time aku tengah buat homework,dushhh! ada satu geng masuk,mak aiii ramai gile siot...20 orang lebih I think,sebab berpusu-pusu*takde lah macam orang masuk Tesco Extra yang baru bukak tu >.< ,Sedih mama abah p tak ajak. .


Ada la dua tiga orang yang aku kenal,tapi tak rapat,yang rapat pun bukannya reti nak tegoq,buat macam tak kenai boleh = ='..Okay back to the story,tiba-tiba Pqah cakap "weyy,tu bukan ka kawan 'budak poyo'?[nama dirahsiakan]" aku cakap "ha'ah,macam mana ni,sat g mesti dia ada jugak,".Aku dengan Pqah rilex je,sebab bukannya kami sasaran 'budak poyo' tu,.
About 15 minutes later,'mamat poyo' yang sentiasa berlagak poyo nie pun mai,terdiam kami..haha,buat bodo je,buat macam dia tak wujud,bak kata Alin.

Ada satu part nie kan..part yang memalukan sangat-sangat,aku bawak lappy,so saja-saja je la nak snap pic pakai wc[webcam].Tak semena-mena ada sorang mamat ni duduk kat belakang tengok kami snap pic,malu!
Lepas tu dia balik ke tempat duduk and cerita apa tah kat kawan-kawan dia sambil tengok-tengok plus gelak-gelak kat aku dengan Pqah,grr-,-' aku dengan Pqah tunjuk je malu malu malu ! merah muka kami dua dok gelak,haha orang yang tak faham apa motif kami gelak buat muka blur..hahahaha.


Okay itu sahaja,takda benda menarik pun,Mr.Apek takda kan,mana ada aksi gaduh-gaduh, kutuk-mengutuk or gelak-gelak.

SI : Tahniah Malaysia,walaupun kita tewas JANGAN BERPUTUS ASA! i love you Tiger!
       "aggregate Malaysia 4, Singapura 6 ."


p/s : jum p stargate?

Ohoiii!

Assalamualaikum...

Direct KANTOI,haehh..= =' orget about it,
esok
aumm...kacau la dua Macha ni..eh eh! sparring satg kott ,..haha,

SI : ohh buncit ohh 

Wednesday, July 27

TAJUK |x|

Well Assalamualaikum,
hawawu?[how are you?]
baik? Alhamdulillah,.bad fever go and get you madicine now! hahaha
today i just want to update blog, actually there's nothing in my mind right now..ehhe
Jari ni kalau sehari tak taip-taip tak sah,
acewahh!
esok aku update banyak-banyak nah,
if there are nothing to do,
well you know me The Prime Minister of Hey Stalker,
hahaha,[it's not funny dude]

Sekarang ni rasa malas nak update belog kesayangan nie,
sebab saye lebih suka update Tumblr than Blogger,
well yes!
i don't have an interesting stories,
i'm bored  =='

 check this out !
A Words To Say

ESOK
Alaaa..
not fun if Mr.Apek didn't follow us tomorrow.reason? haha secret..no lahh ,the reason is...
kita tak boleh gaduh.!
oppsss! not us but you and Alin,haha macam anjing dengan kucing dah kami tengok.
make sure next time jangan balik Rawang okeh ? 
haha.



SI :go tiger go beat  that lion!

Wordless Wednesday #10

Wordless Wednesday #9

Wordless Wednesday #8

Monday, July 25

Heyy penceroboh !

Assalamualaikum..

Saya amat berdukacita sekali kerana 'secret day, girls out' kami dah diceroboh oleh orang yang tidak dikehendaki..mad of this situations..grr =='

Hari yang kami semua berpeluang study,chilling,laughing,happy. or something else dah diketahui oleh pihak-pihak yang tidak patut tahu..haha *ayat berbelit .Dah tak jadi privasi dah walaupun tempat tu memang tak private pun tapi that was our day ,our place! *tamak la kau nih ,.

Over je minah ni ,kalau tempat tu dah ramai orang-orang yang dikenali, tak boleh la nak buat DATE.Macamlah taktau tabiat kaum hawa yang memang kepoh nak tau itu ini,*sama la macam aku.Tak best lah kita keluar dengan orang A lepastu orang B tau kita kawan rapat dengan orang A yang sememangnya famous kat facebook,nanti diceritakan hal tu kat orang C lepastu orang C tu mengejek or mekenen-kenenkan kita dengan orang A yang kita keluar tu padahal kita hanya kawan sahaja dengan orang A.annoying toll laa,siapa yang tak nakkan privasi ? semua orang nak ye tak ?

Oh man,come on jangan la sebarkan 'secret day, girls out' kita tu ,haha. .
Hari yang aku maksudkan itu ialah hari Khamis yang telah menjadi rutin geng aku keluar study,chilling or whatever else dan pihak-pihak yang tertentu ialah ,senior seperti aku *ehem ehem,junior,budak-budak yang bajet HOT,that seberang school*paling spoiled sekali -,-'


Bercerita mengenai seberang school,yeah aku admit yang aku kawan dengan tutttttt yang bersekolah di situ dan pernah ehemm dengan dia*it's not terlanjur okay setiap hari Khamis kalau 'PM' negeri Belah Betong tu takda meeting or sport,.dan yang spoilednya,orang-orang yang tidak rapat atau tidak dikenali yang bersekolah disitu seperti mengetahui sahaja hari itu kami gather untuk study, lepaking kat library..buuuuuummm~ satu geng mai,adoishh ! minggu depan pulakk dushhh~ satu geng lain pulak,haehh..okay aku paham sekolah depa pun dekat dengan library jugak,.dan mereka-mereka jugalah yang telah membuatkan kami tidak mempunyai semangat untuk study sebaliknya mengusha mereka,haha itulah yang sebenarnya..Okay tu saja.


Khamis nie..hehe.As usual..daa~



SI: Dating ohh dating. .

Hukum muslimah[wanita] membotakkan kepala

Assalamualaikum w.b.t..

Botak? agak-agak boleh tak perempuan botakkan kepala? hmm,aku teringin nak botak sebab nak hilangkan kelemumur ni,..arghh! semak kepala jer, .tapi aku sayang rambut aku..Nah, ini aku postkan hukum muslimah membotakkan kepala..

Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :

“Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)



Jelas hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan berlepas tangan bagi wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika ditimpa musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya. Menurut pendapat saya wanita yang cukur kepala atau menyerupai lelaki (tomboy) sama ada membotakkan kepala, berpakaian adalah sangat buruk dan hilang keindahan serinya yang asli, jika dilihat sekali seperti lelaki bila direnung rupanya wanita. Islam menegah muslimahnya menyerupai lelaki dan hukumnya adalah haram.

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim mengatakan bahawa :

“Adapun menggunting rambut dan memendekkannya (bagi seorang perempuan) untuk berhias dan kelihatan cantik, maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai menyerupai kaum lelaki”
Isteri yang ingin memendekkan rambut atau memotong sedikit rambutnya, mestilah mendapat restu atau izin suaminya terlebih dahulu. Manakala wanita yang tidak bersuami ingin memotong rambutnya untuk lebih cantik dan lebih kemas, maka ada ulamak berpendapat harus dengan syarat potongan rambutnya tidak menyerupai lelaki.
Mencukur atau membotakkan kepala bagi muslimah, hukumnya adalah haram kerana menyerupai lelaki dan Rasulullah tidak menyukai perbuatan tersebut. Harus kepada muslimah yang ingin memendekkan rambutnya untuk kekemasan dan kecantikkan untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain, kerana rambut itu adalah aurat wanita dan hanya boleh diperlihatkan untuk mahramnya sahaja.



SI : sekadar mengingati,err..tak jadilah nak botak..HARAM !



Sadness will end with Happiness

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semuanya dah okay! yeyy! dah berbaik-baik dengan aina...Syukur sangat-sangat,tapi weii bila nak remove kami blocklist hampa? haha,

24/07/2011
Tarikh tak cantik langsung tapi bermakna sebab hari tu lah aku berbaik balik dengan Aina.haha. .

MASIH PADA HARI YANG SAMA...
Heyy you! i love you but i hate you too. .

play the memories...
pause the memories...
stop the pain...
rewind the happiness...

Saturday, July 23

Assalamualaikum. .hyee~ aku penat penat dan penat hari ini ,ingatkan nak duduk rumah ja buat homework plus tidur plus online plus blogging plus tumblring plus eating plus berapa banyak aku nak plus haa? hehe. .kelolo la minah ni,.

Aktiviti hari ini. . .

PAGI
As usual bangun 6.30 am *erk ? taktak aku bangun lewat hari ini[6.55am].Selalunya bangun pukul 10 pagi..Selepas bangun dan takmau bangun,.walaupun mama gerak bangun solat Subuh tetap tak bangun...6.30 am mama gerak, sahut panggilan mama, "ya". tido balik..6.45am aku mimpi aku g toilet amek air sembahyang dan sembahyang..*gila.Selepas tak larat nak dengar mama terpekik panggil aku bangun,kesian pulak sebab gerak aku tak bangun-bangun.Syaitan oh Syaitan..Bangun jugakk akhirnya.Solat Subuh,then tidur balik. .Terokk.

TENGAHARI
Selepas terdengar orang sebelah memekik, mengetuk apa tah,tak henti-henti sampai aku fed up nak dengar,bangun jugak hamba Allah yang liat nak bangun pagi.Rasa macam nak marah ja kat orang sebelah ni,kacau stim toi laa.Bangun and onlinee 

TENGAHARI PART 2
Abang cam balik,.ni lagi satu,paksa orang ikut dia p kenduri rumah awek dia,tak larat la nak makan nasi minyak cekk oii.tak larat nak gaduh dengan dia suka paksa paksa orang..dia ikut aku masuk bilik paksa aku suruh cari baju kurung and ikut dia..patu pujuk aku,takpa lepas tu kita p rumah tok p tengok abang izad,..Dan i'm here now,at home updating blog,yeyy! dah balik rumah. satg kena p tuition pulak,hmmmph..

Okay..salam

SI : ‎"to be someone is not about to be someone else"
"to be someone is about to be yourself"

buah berangan =='


Assalamualaikum w.b.t..

Hampa kenal dak buat kat atas tu ? tu yang banyak-banyak tu . nama dia Buah Berangan,jangan tanya aku kenapa buah tu depa pangey buah berangan,*dye suke berangan la tuu..[nih apa yang aku pikiaq dulu-dulu,masa first time makan.].Aku post ni bukan sebab nak habaq aku suka buah ni ka,history buah ni ka apa..

Aku just nak habaq aku tak reti makan buah ni.hahaha

Check this out !


Sepatutnya orang kopek buah nie macam had yang cantik tu ,aku kopek...pikiaq-pikiaq la,macam sebelah kiri tu ,cun tak ? Takpayah habaq pun aku tau cun -,-'

::pic nie saja-saja ja nak tunjuk bertapa buruknya aku kopek::

Okay tu sajee ,.salam

Thursday, July 21

| YA atau TIDAK |

Assalamualaikum..


Nurul Aina Binti Nain


Kami minta maaf banyak-banyak,
Kami tak bermaksud nak kata kat hampa macam tu,
Seriously,
Terpulang pada hampa nak percaya atau tak,
Buat masa sekarang kami tak boleh jumpa hampa lagi untuk jelaskan perkara yang sebenar.


Aina: seriously kami lambat delete posts tu bukan sebab abah kami tutup line,Haritu kami gelabah,kami tak bersedia nak jumpa hampa,sebab kami tau kami yang salah.And hampa mai secara mengejut,Seriously kami tak fikir hampa yang nak jumpa kami,*kami hentam ja alasan tu,lagipun kami lupa kami buat apa time tu[nak percaya atau tak ikut suka,kami dah cakap benda yang sebenar dan jujur].yang pasti kami tak duduk depan lappy.


SI: Terserah nak percaya atau tidak,

Aku penat dengan semua ini.

Assalamualaikum...aku taktau apa dan kenapa 'dia' sanggup cakap macam tu siap SUMPAH lagi,Kalau berkata SUMPAH pada perkara yang sah,it's okay i don't mind about it.Tapi SUMPAH kepada perkara yang tidak sah,and aku tau apa yang berlaku,dah kira baik aku bagi tau 'someone' about it.

Aku pun ada bukti apa yang 'dia' cakap.Okay berbalik kepada kes SUMPAH.Aku pun cakap SUMPAH tapi bergantung kepada isi perbualan yang sah.*terpaksa,seriously aku cakap terpaksa.Kalau benda itu benar dan dari segi riak wajahnya seperti tidak percaya ,ya,aku akan berkata SUMPAH.Kadang-kadang ,aku was-was akan perkataan ini,tetapi ada segelintir makhluk di muka bumi Allah yang indah ini tidak mempercayai sesuatu perkara melainkan orang yang bercerita itu berkata SUMPAH.

Seperti situasi aku sekarang ini,yang juga sedang berhadapan dengan pelbagai masalah*kenapalah time nak dekat trial ni jugak lah masalah banyak.Aku juga sedang berhadapan dengan makhluk Allah yang bernama manusia yang hanya mempercayai sesuatu perkara jika orang yang bercerita berkata SUMPAH ke atas kebenaran ceritanya.

DI SINI aku dapat banyak maklumat tentang Hukum Sumpah yang sebenar.

Aku tak sangka 'dia' ni talam dua muka.Ni lah baru dimaksudkan dengan 'KAWAN MAKAN KAWAN'.Bukan seperti yang hampa sangka dulu,time kita gaduh besar.Ingat tak ingat tak? conform ingat sebab kawan hampa yang sorang ni,yang tak guna ni dah malukan ahli geng kita ya tak ? Okay itu fitnah semata-mata.Aku tak buat.Pergaduhan tu pun menjadi mimpi buruk bagi kami,bukan hampa sahaja,.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..

SI :Bab kawan makan kawan tu sapa makan cili terasa pedasnya,

Tuesday, July 19

Assalamualaikum...

Apo kabo ? hehe ,aku taktau kenapa sekarang ni aku cepat sangat tersentuh ,aduhh ,hatiku semakin lembut yaa ..haha .Aku sendiri pun taktau, dulu takda lah macam ni orang cakap kasaq sikit dah nak touching ,selalunya kalau terasa just diam.Tapi lain pulak sekarang,orang cakap kasaq sikit dah nak nangis,adoi,aku takmau macam ni ,.i wanna to be a strong girl *ewww gelinya dengaq,

Sini aku nak share sikit about 'Adab Bercakap'.Info ni aku tanya pakcik G . .

Apa yang aku nak share ni macam yang hampa semua belajar kat sekolah,rumah and dengaq orang tua-tua cakap.Aku just nak ingatkan hampa, kot la lupa adab-adab nak bercakap,

Sebelum tu ,
Bissmillahirahmanirrahim....

Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

Disini aku huraikan 3 contoh Adab Bercakap..

Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
Aku terasa,Ohh mulut,kenapa kau jahat sangat ? 

Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
Maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa akan pangilan yang aku berikan kepada hampa..Maafkan aku.

Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.
InsyaAllah tak cakap dah. .Doakan aku tak cakap benda-benda karut lagi ,tapi ...err takpa lah. .

SI : tak da mood nak blogging ..


Monday, July 18

i like you | aishiteru | mahal kita | saya suka awak



SI : tak nampak lagi ke aku suka kau ? eh eh you ! i like you ,seriously ,i waited for you :)

Hampa ja betoi

Assalamualaikum..

KFC jum ? maw dak? anak Nabli..HAPPY BIRTHDAY ! saja wish kat sini,sebab aku tau hampa tak online.Hahaha,wei wei,esok punya event InsyaAllah tak sure lagi ,tapi aku TAK JANJI TAU,

::hingaq lagu ni -,-::

Nabila Nabli i hope you..


  • Happy selalu
  • Jangan dok poyo-poyo nah ,
  • Dapat apa yang hampa impikan
  • tak boleh wish dipanjangkan usia ,.takdir Allah tu. .
  • err..success in your life !

Last words i love you 

Dua hari di dusun (:

Assalamalaikum..


Dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim....*tarik nafas..hembuss*


[baca cepat-cepat macam] 'Weii weii aku suka kalau husband-to-be aku macam cousin aku !' aww  .Seseorang yang dapat menjadi imam,khalifah dan dapat membimbing aku ke jalan yang diredhai-Nya.InsyaAllah.

Jumaat [15.07.2011]

Mama ajak balik kampung,.sebelum p tuition aku dah prepare bag homework plus netbook dah ltak lam kereta,lepas habis ja tuition aku bertolak balik kampung, tak jauh 5 km je dari pekan.Hahaha,.Act' aku tak berapa suka balik kampung dah semenjak Paksu kawen ,sebab dulu aku dengan kakak yang dok control rumah tok,la ni ada orang masuk tempat kami selalu main kan,rasa lain laa.. :-(,tapi la ni dah kurengg dah,Maksu pun dah boleh masuk dengan aku tak malu-malu macam dulu,kira okay la walaupun tempat rahsia kami dah diceroboh.Nevermind forget it.

Mama abah tinggal kami. . .sebab mama abah nak p kenduri orang masuk rumah kat taman kami,.haehh sapa la noh...hehe*gelak jahat*.okay..dengan keterpaksaan aku duk umah tok,.Taktau nak buat apa,homework? tak buat pun = ='.Sedang aku bergoyang kaki[macam orang kaya tu] tok minta aku dengan kakak p hantar gulai ayam kat tok Nyiang[sebelah rumah jee].Tutt tutt aku terjumpa Amy kat situ ,pa g ajak dia p rumah sembang-sembang.Lepas tu Amy ajak p rumah dia,apo lagi minta izin tok,tok pun 'on' ja.Kami pun pergi dengan menaiki kaki*jalan kaki :-( i tak pandai bawak noto hehe,Sampai ja kami sembang,makan and so on.

Pastu taktau nak buat apa,masing-masing pakat dok cari idea nak buat apa,Then kakak suggest p ziarah kubur adik.,wahh bukan men semangat nak p ,ya la lama dah tak ziarah sejak busy kenduri kak ninie haritu.,rindu pulak kat baby Tan..[Al-Fatihah] .Kebetulan 14.07.2011 cukup setahun arwah meninggalkan kami.*Mama abah taktau kami p 'melawat' adik.Aku takot nak bagitau.Dah habis baca doa,masih di hadapan perkuburan adikku,Amy cakap .....

Amy: Kami dok bayangkan macam manalah Intan dok kat dalam ni sorang-sorang.
Aku: Tu la kan,sorang-sorang..hmm..[sebak]
[kakak diam ja,maybe dia sedih kot.nak nangis tak boleh sebab aku dah bagi warning kat dia 'jangan teriak nah!']
Amy: Kami rasa macam baru semalam ja Intan takdak
Aku: Tu laa..lepas ni kita pulak,macam mana pun nanti kita masuk tanah jugak. .
Kakak: Hmm...

Selepas itu kami balik rumah Amy ambil barang and balik rumah tok balik,Dalam sepuluh minit lepas tu mama abah sampai nak ambik aku balik rumah.Amy pun pulang ke rumahnya semula. .Mama ajak p dusun yeyy! syok weh. .Dusun tu kat Kota Mengkuang kalau tak silap aku.

Sampai ja dusun,aku terpegun tengok rambutan merah-merah,kuning-kuning dok atas pokok..kalih ja kanan aikk? ada monyet besar dok atas pokok..hehe,bukan la, cousin aku. .sorry.Selepas habes semua jenis buah kami kutip.,Matahari pun dah nak tidur ,kami masuk rumah solat Maghrib .Solat berjemaah,cousin aku jadi imam..hehehe

.Sambil dok solat tu tah macam mana aku boleh puji suara dia.sedap sedap sedap weh !,*tak kusyuk = =' .Mama cakap dia dapat sambung study kat Mesir ..agaknya aku boleh tak pandai macam dia? dapat p Mesir .bestnyaa! nak ikut..hee~.Dalam pukul 9.00 malam tu kami bertolak balik Alor Setar..

Sabtu 16.07.2011

Kenduri dayy :-). .Kenduri rumah 'Mak Leha'..hehe . ,most people call her like that.[Datin Zaleha].Memang kalau datin diorang panggil 'mak' eh ? Kenduri tu kat dalam dusun[ala ala kampung gitu].Best banyak gila buah langsat.,durian pun ada,sorry la derr ,tak da gambar laa..aku jumpa Aiman ! hahaa,so funny, rupanya dia anak kawan mama,kecilnya dunia,.Lepas dah habis makan aku p dusun lagii . .mula-mula tu mama malas nak p sebab malam tu aku tuition,lepas ditoka tambah bahagi serta kali jadilaa average ,dak dak ,mama bg dua pilihan samada  singgah tak p tuition and ikut mama p masjid atau tak singgah p tuition. .Of course la pilih yang first tu sebab malam tu nisfu Sya'ban kan ,.lagipun aku gedik sikit rindu nak jumpa cousin ..tu la yg tu tu . .hehe,.

Sampai ja rumah dusun,usha-usha tengok kat dusun,tengok rumah KOSONG! takda orang,pintu tingkap ditutup. .*sedih weii .Lepas tu abah masuk dalam kampung,nak U-turn ,then mama call makngah tak angkat,call pakngah ANGKAT! hehe,pakngah suruh mama singgah rumah mak makngah[dalam sikit dari 'rumah dusun' tadi].Dengan malasnya,aku turun dari kereta dan dengan lemah longlainya menaiki cerun untuk sampai ke rumah tersebut[atas bukit].Rasa tak da mood tetiba,cecey haha ,ya la maybe dia ikut ayah dia p jual buah rambutan kat Changlun ka,tak sempat la nak jumpa ,kecewa siot.

Eh eh ,di pertengahan pendakian,aku nampak someone lah,daripada baring dia duduk di atas pangkin di hadapan rumah.Wahh! dia ada la weh ! Teruihh aku jalan oppss naik cerun tu cepat2 ,act' kereta boleh naik cerun tu ,abah malas nak naik sat g lambat nak turun ,.Syok weh ,dia tak la handsome mana pun ,aku sukakan cara dia,tak poyo,tak control,dia simple..tapi dulu dia diam ja kalau aku p rumah dia,la ni cakap dah! for the first time i think,aku dengar suara dia,.hehe.

Lepas makan pulut durian,aku tak makan pulut durian  aku just makan durian je,[tak reti makan dengan pulut]
Selepas itu ,Balik 'rumah dusun'.Smbahyang Asar tapi kali ni tak jemaah macam malam Jumaat tu ,.tapi kali ni 'dia' baca slow-slow ,tak macam malam tu ,..kuat je,bergaum suara dia dalam rumah..Mula-mula tu ingatkan dia dah sembahyang,sebab dah pukul 5ptg dah.,rupanya belum..hehe.. Lepas tu kami bertolak pulang ,sebab malam nak p masjid. .

 the end, , :-(
[kenapa setiap cerita ,mempunyai pengakhiran?]
SI :Aku gedik kan ?

Sunday, July 17

Direct aku ja kena . . . . .

Assalamualaikum...

Kenapa aku direct kena KANTOI ? direct kena dengan hang..direct aku yang sakit hati balik ..
adoi = ='
::klik gambar untuk tumbesaran::

Arghh ! aku jeles yang teramat sangat ! sangat jeles :-( bila dia tukar status dia. .kenapa pantas sangat? kenapa time aku tengah happy dok wall-to-wall dengan hang ? hmm ,.*aku rasa yang nih pon akan terKANTOI lagi sebab aku cakap direct no simpang-simpang..Kalau KANTOI pun apa salahnya? kan best orang tu tau . = ='

::klik gambar untuk tumbesaran::

Yang nih aku terasa gila.,sebab aku dah mula berjinak-jinak dalam pemakaian shawl ala ala Yuna or Hana Tajima.hehe..'at least they wear it' hahaha ,hang kena balik..buu~  padan muka.,tu la at least aku pakai dari tak pakai ,kan kan ? oh lupa aku kan YUNA..hee~


::klik gambar untuk tumbesaran::

Mula-mula tu aku tak paham lagi apa yang dimaksudkan oleh penghupdate status ini ,selepas itu baru aku tau setelah dia cakap aku hotstuff . . erk ? bila ehh? takmau aku jadi hotstuff. .

::klik untuk tumbesaran::

SI: Kalau hang baca ni mesti hang gelak kan ? hahahaha,aku harap hang tak baca la nohh..



Saturday, July 16

Wanita Oh Wanita !

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi dunia, .yess! dah pagi rupanya ,.aku nak share kat hampa sai wanita @ perempuan @ aweks @ cikaro @ apa-apa sahaja. .
Kalau hampa sedar lah kan..kalau tak sedaq tu taktau nak kata apa ,kebanyakan wanita sekarang sudah melampaui batas.Sorry to say,.

Tengok orang puteh pakai  daging atas kepala kita pun nak jugak p amek daging dalam peti ais letak atas kepala,lepas tu mak cari daging  nak masak takda.*tak pasai-pasai nanti Lady Gaga nai saman aku.



Kenapa suka pakai sexy sexy ? kalau tak pakai macam tu tak boleh hidup ka? apa salahnya kalau kita sebagai orang Islam menutup aurat kan lebih enak dipandang.Kadang-kadang aku pun malu jugak sebab dilahirkan sebagai wanita,aku malu bila sesetengah lelaki mengeluarkan kata-kata pedas tentang wanita yang tak menutup aurat.erm ,agak terasa kerana aku ada seorang wanita dan mereka berkata kepada kaumku.Tapi apa-apa pun aku harap kaum Hawa ini diberikan hidayah supaya mereka berubah.Amin,.

Iklan tv pun satu hal.,agak memalukan apabila kebanyakkannya menayangkan sebahagian daripada tubuh badan mereka *i tau la badan you tu cantik tapi lagi cantik kalau you pakai baju.Harta yang ada pada you tu jangan la tunjuk-tunjuk.bagi suami you tengok dah la = =' ,.Aku paling malu bila tengok iklan tentang tuuttt tutt yang ada gambar belon,buah epal or so on.Disebabkan itu aku rasa lain je setiap kali makan epal..erkk? takde rasa nikmat,.

Kan lebih baik kalau pakai macam ni.Aku pun teringin nak pakai macam ni,ermm...kat mana nak dapatkan purdah wei ? Haritu mama p Mekah dia cakap dia nak beli tapi takot aku takmau pakai.Dulu YA takmau sebab kawan-kawan takpakai la ni NAK sebab nak menutup jerawat oppsss takda lah,sebab nak tunjuk mata i,lagi la dak..sebab hati aku dah terbuka nak pakai purdah.

Sorry la weh,aku bukannya nak kata kat hampa,hanya sekadar berkongsi pendapat je,pendapat hampa pulak macam mana? agak-agak sependapat dengan aku tak ?

SI :bye kenduri yaww

saja nak bagi tau . .

Assalamualaikum...

husband-to-be.....
::maaf ye ,pinjam gambar sekejap::

Mukadimah kat atas sama dengan entry aku kali ini, sebab aku dah mula berminat akan kaum Adam yang soleh.Bukannya seperti dahulu,bukan aku tak berminat tapi tah la,dulu aku lebih suka lihat dari segi fizikal dan bukannya batin seseorang untuk diminati.

Tengok sikit yang handsome,putih melepak,mata sepet ala-ala cina tu mula nak suka..chop orang tu chop orang ni . . ,jumpa ja lelaki yang not bad ,."kami chop dia !", dalam keadaan sunyi pun bila nampak seseorang yang handsome"chop !"[terkejut abah,sawan ka apa anak aku ni] mula la abah tanya chop apa,and aku pun tipu cakap tu kereta tu cantik[sorry abah]..hahaha ,..ahaha fikir-fikir balik lawak la pulak..kesian kat orang yang kena chop tu sebab dia taktau apa-apa. .

Aku mula menyedari tentang hal ini,err..masa hari Qiamullail hari tu. .sebab kalau difikir-fikirkan balik 
kalau handsome tapi tak cukup ilmu agama buat apa ye tak? adakah dengan kehensoman dia boleh membimbing kita ke jalan Allah S.W.T.? tak kan ? sekarang aku nak hampa fikir sai hal ini. .tapi kalau dua-dua cukup,i mean dari segi rohani atau fizikal cukup kira anugerah Allah kepada seseorang itu,atau dari segi fizikal tak memuaskan dan dari segi rohani ok,.why not ? try je la,janji dia boleh membimbing kita.

Perkara seperti ini telah menyedarkan aku prihal memilih suami dengan cara yang betul.hahah ,muda-muda lagi dah fikir kawin ,.tak salahkan kalau sekali sekala fikir sejauh ini,.Ini namanya merancang masa hadapan,.*kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. .ingat tu!

SI :seronok bila 'orang tu' imamkan kami solat Maghrib tadi ,sedap 'dia' baca . . 

Thursday, July 14

posts yang ke 100 !

Assalamualaikum...Aku berjaya menghupdate belog sampai 100 termasuk entry nih. . .



-klik gambar untuk tumbesaran-



SI : bangga sat ..ngee~

Peliks . .

Assalamualaikum ...

Aku kehairanan kepeliktan sangat kat budak-budak tusyen aku. .Kenapa  aku masuk je kelas semua usha aku macam monyet masuk kampung je,riuh satu kampung ,haha ,. .maybe style aku pakai shawl hari ni . .kan kan?
Aku pakai ala ala Maria Elena. .
macam ni -

::dari tepi::
sorry terover. .hehe ,.
selalunya aku pakai tudung bawal jee. .
blur je muka aku nih ..haha

Haha..malu gila time masuk tu ,tapi lama-lama ok dah ,tak rasa apa apa ..tapi aku perasan ada orang tengok aku . .adoii ,biaq la..you know what .,time i nak masuk kelas tu i've saw AA haha ,ingatkan sapa ,.adoi dia tengok aku..malu malu ,.dengaq aku cakap dengan kakak . .nerdie tu pun tengok aku .,errr...ok , ,haha time nakbalik pon sama ,.act' aku pun dok usha dia jugak ,sebab tak puas hati dia dok tengok-tengok aku = ='.Ok nak tidoq..byebye..

nothing . .


Wednesday, July 13

Tak cukup lagi ka mengutuk budak-budak convent ?

Assalamualaikum w.b.t...

SMKCONVENT-Baru-baru ini telah diributkan oleh perbuatan seorang guru mengutuk tempat bekerja sendiri,dan sekarang telah ditaufankan pula dengan orang yang tak sayang mulut oppss jari jemarinya yang runcing itu.Aku pun taktau nak comment apa about benda ni ,sebab terlalu over.

Tetapi kalau anda perasan,ayat yang digunakan hampir sama di dalam semua entrynya..contoh :


'Dia' suka menggunakan perkataan pendek,gemok and so on ,yang ada kaitan dengan fizikal seseorang."kaki pendek .ou boleh join team kaki pendek sedunia"


  • "dah pendek buad cara pendek , toksah duk pakai heel yang memang cramp HEEL"
  • "this is call pendek ,ketot"
  • "you tu keding ja .skali aku tabuh mmg jatuh "
  • "badan you nie tembam mcm hippo . SUMPAH tak elok wehh . pi LONDON WEIGHT MANAGEMENT"
  • "si gigi tak sama . wehh tak pyah duk buad hot pluss segak . balik pi hbaq kat mama ksygn sruh buad BRACES . gigi bwah you kan iman tak sama la lelaki if na tckle prempuan secara jujur bukan tgok pada segak but dia tgok pada GIGI"

Aku pun taktau la apa kaitannya boyfie dengan gigi. . maybe otak 'dia' sering berfikir secara negatif saja kot ? ..manusia..



  • "awad lla budak CONVENT bodo kehabisan tahap tetiawwwwwww ?"

Agak sakit hati bila 'dia' cakap macam nie,please la weh,kalau kami pandai kami tak p sekolah dah lah,*aku bukan maksudkan tak pandai a.k.a bodoh tetapi cari ilmu ,tambahkan ilmu..ada paham ? haha,'dia' la kott yang tak berapa cerdik ,sebab tak pikir jauh dalam hal nak mengutuk-kutuk orang nie,err..aku rasa hang pun budak convent jugak ,.hahahaha.

Ok tu ja..kalau nak banyak-banyak p kat SINI!


Kepada admin belogg tersebut tolonglah sedar akan apa yang anda 
lakukan.

SI :jangan dok buat dia masukkan nama aku dalam  upcoming list dia dah . .