Blogger Backgrounds

Thursday, July 28

date♥ [part 5]

Assalamualaikum..

Apa habaq? haha howawu ? tajuk cam gempak je kan? padahal tak buat date pun tadi,saja je,yelah kalau setiap hari Khamis kan aku buat date ..dengan errr..dengan..haaa!..dengan buku,.errr,shhssss,diam! jangan cakap apa-apa..

As usual,sampai masuk library cari tempat and duduk buat revision plus homework yang makk aii berlambak gila,mula-mula tu ingatkan ramai,tetengok ada la dlm 2-3 couple *amoehh dahsyat depa noh buat date kat library.Neh neh nak kata kat orang hang tu? bukankan sebelum-sebelum ni pun dok buat date ka? errr..okay menyerah >.<.

Act' tadi sepatutnya ada 'orang tu',tapi dia cancle last minute,so buat bodo je lah,nak buat macam mana dah dia nak balik hometown dia or home sweet home dia kan,haha..*macam sindir je bunyi,takla takla ,jgn amek hati nah 'orang tu'


Tau tak tadi ada satu incident yang terjadi..nak tau tak apa..kami memang berharap sangat tidak bertembung or berjumpa dengan 'mamat poyo' nie,at last..time aku tengah buat homework,dushhh! ada satu geng masuk,mak aiii ramai gile siot...20 orang lebih I think,sebab berpusu-pusu*takde lah macam orang masuk Tesco Extra yang baru bukak tu >.< ,Sedih mama abah p tak ajak. .


Ada la dua tiga orang yang aku kenal,tapi tak rapat,yang rapat pun bukannya reti nak tegoq,buat macam tak kenai boleh = ='..Okay back to the story,tiba-tiba Pqah cakap "weyy,tu bukan ka kawan 'budak poyo'?[nama dirahsiakan]" aku cakap "ha'ah,macam mana ni,sat g mesti dia ada jugak,".Aku dengan Pqah rilex je,sebab bukannya kami sasaran 'budak poyo' tu,.
About 15 minutes later,'mamat poyo' yang sentiasa berlagak poyo nie pun mai,terdiam kami..haha,buat bodo je,buat macam dia tak wujud,bak kata Alin.

Ada satu part nie kan..part yang memalukan sangat-sangat,aku bawak lappy,so saja-saja je la nak snap pic pakai wc[webcam].Tak semena-mena ada sorang mamat ni duduk kat belakang tengok kami snap pic,malu!
Lepas tu dia balik ke tempat duduk and cerita apa tah kat kawan-kawan dia sambil tengok-tengok plus gelak-gelak kat aku dengan Pqah,grr-,-' aku dengan Pqah tunjuk je malu malu malu ! merah muka kami dua dok gelak,haha orang yang tak faham apa motif kami gelak buat muka blur..hahahaha.


Okay itu sahaja,takda benda menarik pun,Mr.Apek takda kan,mana ada aksi gaduh-gaduh, kutuk-mengutuk or gelak-gelak.

SI : Tahniah Malaysia,walaupun kita tewas JANGAN BERPUTUS ASA! i love you Tiger!
       "aggregate Malaysia 4, Singapura 6 ."


p/s : jum p stargate?

Ohoiii!

Assalamualaikum...

Direct KANTOI,haehh..= =' orget about it,
esok
aumm...kacau la dua Macha ni..eh eh! sparring satg kott ,..haha,

SI : ohh buncit ohh 

Wednesday, July 27

TAJUK |x|

Well Assalamualaikum,
hawawu?[how are you?]
baik? Alhamdulillah,.bad fever go and get you madicine now! hahaha
today i just want to update blog, actually there's nothing in my mind right now..ehhe
Jari ni kalau sehari tak taip-taip tak sah,
acewahh!
esok aku update banyak-banyak nah,
if there are nothing to do,
well you know me The Prime Minister of Hey Stalker,
hahaha,[it's not funny dude]

Sekarang ni rasa malas nak update belog kesayangan nie,
sebab saye lebih suka update Tumblr than Blogger,
well yes!
i don't have an interesting stories,
i'm bored  =='

 check this out !
A Words To Say

ESOK
Alaaa..
not fun if Mr.Apek didn't follow us tomorrow.reason? haha secret..no lahh ,the reason is...
kita tak boleh gaduh.!
oppsss! not us but you and Alin,haha macam anjing dengan kucing dah kami tengok.
make sure next time jangan balik Rawang okeh ? 
haha.



SI :go tiger go beat  that lion!

Wordless Wednesday #10

Wordless Wednesday #9

Wordless Wednesday #8

Monday, July 25

Heyy penceroboh !

Assalamualaikum..

Saya amat berdukacita sekali kerana 'secret day, girls out' kami dah diceroboh oleh orang yang tidak dikehendaki..mad of this situations..grr =='

Hari yang kami semua berpeluang study,chilling,laughing,happy. or something else dah diketahui oleh pihak-pihak yang tidak patut tahu..haha *ayat berbelit .Dah tak jadi privasi dah walaupun tempat tu memang tak private pun tapi that was our day ,our place! *tamak la kau nih ,.

Over je minah ni ,kalau tempat tu dah ramai orang-orang yang dikenali, tak boleh la nak buat DATE.Macamlah taktau tabiat kaum hawa yang memang kepoh nak tau itu ini,*sama la macam aku.Tak best lah kita keluar dengan orang A lepastu orang B tau kita kawan rapat dengan orang A yang sememangnya famous kat facebook,nanti diceritakan hal tu kat orang C lepastu orang C tu mengejek or mekenen-kenenkan kita dengan orang A yang kita keluar tu padahal kita hanya kawan sahaja dengan orang A.annoying toll laa,siapa yang tak nakkan privasi ? semua orang nak ye tak ?

Oh man,come on jangan la sebarkan 'secret day, girls out' kita tu ,haha. .
Hari yang aku maksudkan itu ialah hari Khamis yang telah menjadi rutin geng aku keluar study,chilling or whatever else dan pihak-pihak yang tertentu ialah ,senior seperti aku *ehem ehem,junior,budak-budak yang bajet HOT,that seberang school*paling spoiled sekali -,-'


Bercerita mengenai seberang school,yeah aku admit yang aku kawan dengan tutttttt yang bersekolah di situ dan pernah ehemm dengan dia*it's not terlanjur okay setiap hari Khamis kalau 'PM' negeri Belah Betong tu takda meeting or sport,.dan yang spoilednya,orang-orang yang tidak rapat atau tidak dikenali yang bersekolah disitu seperti mengetahui sahaja hari itu kami gather untuk study, lepaking kat library..buuuuuummm~ satu geng mai,adoishh ! minggu depan pulakk dushhh~ satu geng lain pulak,haehh..okay aku paham sekolah depa pun dekat dengan library jugak,.dan mereka-mereka jugalah yang telah membuatkan kami tidak mempunyai semangat untuk study sebaliknya mengusha mereka,haha itulah yang sebenarnya..Okay tu saja.


Khamis nie..hehe.As usual..daa~



SI: Dating ohh dating. .

Hukum muslimah[wanita] membotakkan kepala

Assalamualaikum w.b.t..

Botak? agak-agak boleh tak perempuan botakkan kepala? hmm,aku teringin nak botak sebab nak hilangkan kelemumur ni,..arghh! semak kepala jer, .tapi aku sayang rambut aku..Nah, ini aku postkan hukum muslimah membotakkan kepala..

Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :

“Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)



Jelas hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan berlepas tangan bagi wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika ditimpa musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya. Menurut pendapat saya wanita yang cukur kepala atau menyerupai lelaki (tomboy) sama ada membotakkan kepala, berpakaian adalah sangat buruk dan hilang keindahan serinya yang asli, jika dilihat sekali seperti lelaki bila direnung rupanya wanita. Islam menegah muslimahnya menyerupai lelaki dan hukumnya adalah haram.

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim mengatakan bahawa :

“Adapun menggunting rambut dan memendekkannya (bagi seorang perempuan) untuk berhias dan kelihatan cantik, maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai menyerupai kaum lelaki”
Isteri yang ingin memendekkan rambut atau memotong sedikit rambutnya, mestilah mendapat restu atau izin suaminya terlebih dahulu. Manakala wanita yang tidak bersuami ingin memotong rambutnya untuk lebih cantik dan lebih kemas, maka ada ulamak berpendapat harus dengan syarat potongan rambutnya tidak menyerupai lelaki.
Mencukur atau membotakkan kepala bagi muslimah, hukumnya adalah haram kerana menyerupai lelaki dan Rasulullah tidak menyukai perbuatan tersebut. Harus kepada muslimah yang ingin memendekkan rambutnya untuk kekemasan dan kecantikkan untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain, kerana rambut itu adalah aurat wanita dan hanya boleh diperlihatkan untuk mahramnya sahaja.



SI : sekadar mengingati,err..tak jadilah nak botak..HARAM !



Sadness will end with Happiness

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semuanya dah okay! yeyy! dah berbaik-baik dengan aina...Syukur sangat-sangat,tapi weii bila nak remove kami blocklist hampa? haha,

24/07/2011
Tarikh tak cantik langsung tapi bermakna sebab hari tu lah aku berbaik balik dengan Aina.haha. .

MASIH PADA HARI YANG SAMA...
Heyy you! i love you but i hate you too. .

play the memories...
pause the memories...
stop the pain...
rewind the happiness...

Saturday, July 23

Assalamualaikum. .hyee~ aku penat penat dan penat hari ini ,ingatkan nak duduk rumah ja buat homework plus tidur plus online plus blogging plus tumblring plus eating plus berapa banyak aku nak plus haa? hehe. .kelolo la minah ni,.

Aktiviti hari ini. . .

PAGI
As usual bangun 6.30 am *erk ? taktak aku bangun lewat hari ini[6.55am].Selalunya bangun pukul 10 pagi..Selepas bangun dan takmau bangun,.walaupun mama gerak bangun solat Subuh tetap tak bangun...6.30 am mama gerak, sahut panggilan mama, "ya". tido balik..6.45am aku mimpi aku g toilet amek air sembahyang dan sembahyang..*gila.Selepas tak larat nak dengar mama terpekik panggil aku bangun,kesian pulak sebab gerak aku tak bangun-bangun.Syaitan oh Syaitan..Bangun jugakk akhirnya.Solat Subuh,then tidur balik. .Terokk.

TENGAHARI
Selepas terdengar orang sebelah memekik, mengetuk apa tah,tak henti-henti sampai aku fed up nak dengar,bangun jugak hamba Allah yang liat nak bangun pagi.Rasa macam nak marah ja kat orang sebelah ni,kacau stim toi laa.Bangun and onlinee 

TENGAHARI PART 2
Abang cam balik,.ni lagi satu,paksa orang ikut dia p kenduri rumah awek dia,tak larat la nak makan nasi minyak cekk oii.tak larat nak gaduh dengan dia suka paksa paksa orang..dia ikut aku masuk bilik paksa aku suruh cari baju kurung and ikut dia..patu pujuk aku,takpa lepas tu kita p rumah tok p tengok abang izad,..Dan i'm here now,at home updating blog,yeyy! dah balik rumah. satg kena p tuition pulak,hmmmph..

Okay..salam

SI : ‎"to be someone is not about to be someone else"
"to be someone is about to be yourself"

buah berangan =='


Assalamualaikum w.b.t..

Hampa kenal dak buat kat atas tu ? tu yang banyak-banyak tu . nama dia Buah Berangan,jangan tanya aku kenapa buah tu depa pangey buah berangan,*dye suke berangan la tuu..[nih apa yang aku pikiaq dulu-dulu,masa first time makan.].Aku post ni bukan sebab nak habaq aku suka buah ni ka,history buah ni ka apa..

Aku just nak habaq aku tak reti makan buah ni.hahaha

Check this out !


Sepatutnya orang kopek buah nie macam had yang cantik tu ,aku kopek...pikiaq-pikiaq la,macam sebelah kiri tu ,cun tak ? Takpayah habaq pun aku tau cun -,-'

::pic nie saja-saja ja nak tunjuk bertapa buruknya aku kopek::

Okay tu sajee ,.salam

Thursday, July 21

| YA atau TIDAK |

Assalamualaikum..


Nurul Aina Binti Nain


Kami minta maaf banyak-banyak,
Kami tak bermaksud nak kata kat hampa macam tu,
Seriously,
Terpulang pada hampa nak percaya atau tak,
Buat masa sekarang kami tak boleh jumpa hampa lagi untuk jelaskan perkara yang sebenar.


Aina: seriously kami lambat delete posts tu bukan sebab abah kami tutup line,Haritu kami gelabah,kami tak bersedia nak jumpa hampa,sebab kami tau kami yang salah.And hampa mai secara mengejut,Seriously kami tak fikir hampa yang nak jumpa kami,*kami hentam ja alasan tu,lagipun kami lupa kami buat apa time tu[nak percaya atau tak ikut suka,kami dah cakap benda yang sebenar dan jujur].yang pasti kami tak duduk depan lappy.


SI: Terserah nak percaya atau tidak,

Aku penat dengan semua ini.

Assalamualaikum...aku taktau apa dan kenapa 'dia' sanggup cakap macam tu siap SUMPAH lagi,Kalau berkata SUMPAH pada perkara yang sah,it's okay i don't mind about it.Tapi SUMPAH kepada perkara yang tidak sah,and aku tau apa yang berlaku,dah kira baik aku bagi tau 'someone' about it.

Aku pun ada bukti apa yang 'dia' cakap.Okay berbalik kepada kes SUMPAH.Aku pun cakap SUMPAH tapi bergantung kepada isi perbualan yang sah.*terpaksa,seriously aku cakap terpaksa.Kalau benda itu benar dan dari segi riak wajahnya seperti tidak percaya ,ya,aku akan berkata SUMPAH.Kadang-kadang ,aku was-was akan perkataan ini,tetapi ada segelintir makhluk di muka bumi Allah yang indah ini tidak mempercayai sesuatu perkara melainkan orang yang bercerita itu berkata SUMPAH.

Seperti situasi aku sekarang ini,yang juga sedang berhadapan dengan pelbagai masalah*kenapalah time nak dekat trial ni jugak lah masalah banyak.Aku juga sedang berhadapan dengan makhluk Allah yang bernama manusia yang hanya mempercayai sesuatu perkara jika orang yang bercerita berkata SUMPAH ke atas kebenaran ceritanya.

DI SINI aku dapat banyak maklumat tentang Hukum Sumpah yang sebenar.

Aku tak sangka 'dia' ni talam dua muka.Ni lah baru dimaksudkan dengan 'KAWAN MAKAN KAWAN'.Bukan seperti yang hampa sangka dulu,time kita gaduh besar.Ingat tak ingat tak? conform ingat sebab kawan hampa yang sorang ni,yang tak guna ni dah malukan ahli geng kita ya tak ? Okay itu fitnah semata-mata.Aku tak buat.Pergaduhan tu pun menjadi mimpi buruk bagi kami,bukan hampa sahaja,.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..

SI :Bab kawan makan kawan tu sapa makan cili terasa pedasnya,

Tuesday, July 19

Assalamualaikum...

Apo kabo ? hehe ,aku taktau kenapa sekarang ni aku cepat sangat tersentuh ,aduhh ,hatiku semakin lembut yaa ..haha .Aku sendiri pun taktau, dulu takda lah macam ni orang cakap kasaq sikit dah nak touching ,selalunya kalau terasa just diam.Tapi lain pulak sekarang,orang cakap kasaq sikit dah nak nangis,adoi,aku takmau macam ni ,.i wanna to be a strong girl *ewww gelinya dengaq,

Sini aku nak share sikit about 'Adab Bercakap'.Info ni aku tanya pakcik G . .

Apa yang aku nak share ni macam yang hampa semua belajar kat sekolah,rumah and dengaq orang tua-tua cakap.Aku just nak ingatkan hampa, kot la lupa adab-adab nak bercakap,

Sebelum tu ,
Bissmillahirahmanirrahim....

Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

Disini aku huraikan 3 contoh Adab Bercakap..

Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
Aku terasa,Ohh mulut,kenapa kau jahat sangat ? 

Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
Maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa akan pangilan yang aku berikan kepada hampa..Maafkan aku.

Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.
InsyaAllah tak cakap dah. .Doakan aku tak cakap benda-benda karut lagi ,tapi ...err takpa lah. .

SI : tak da mood nak blogging ..


Monday, July 18

i like you | aishiteru | mahal kita | saya suka awak



SI : tak nampak lagi ke aku suka kau ? eh eh you ! i like you ,seriously ,i waited for you :)

Hampa ja betoi

Assalamualaikum..

KFC jum ? maw dak? anak Nabli..HAPPY BIRTHDAY ! saja wish kat sini,sebab aku tau hampa tak online.Hahaha,wei wei,esok punya event InsyaAllah tak sure lagi ,tapi aku TAK JANJI TAU,

::hingaq lagu ni -,-::

Nabila Nabli i hope you..


  • Happy selalu
  • Jangan dok poyo-poyo nah ,
  • Dapat apa yang hampa impikan
  • tak boleh wish dipanjangkan usia ,.takdir Allah tu. .
  • err..success in your life !

Last words i love you 

Dua hari di dusun (:

Assalamalaikum..


Dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim....*tarik nafas..hembuss*


[baca cepat-cepat macam] 'Weii weii aku suka kalau husband-to-be aku macam cousin aku !' aww  .Seseorang yang dapat menjadi imam,khalifah dan dapat membimbing aku ke jalan yang diredhai-Nya.InsyaAllah.

Jumaat [15.07.2011]

Mama ajak balik kampung,.sebelum p tuition aku dah prepare bag homework plus netbook dah ltak lam kereta,lepas habis ja tuition aku bertolak balik kampung, tak jauh 5 km je dari pekan.Hahaha,.Act' aku tak berapa suka balik kampung dah semenjak Paksu kawen ,sebab dulu aku dengan kakak yang dok control rumah tok,la ni ada orang masuk tempat kami selalu main kan,rasa lain laa.. :-(,tapi la ni dah kurengg dah,Maksu pun dah boleh masuk dengan aku tak malu-malu macam dulu,kira okay la walaupun tempat rahsia kami dah diceroboh.Nevermind forget it.

Mama abah tinggal kami. . .sebab mama abah nak p kenduri orang masuk rumah kat taman kami,.haehh sapa la noh...hehe*gelak jahat*.okay..dengan keterpaksaan aku duk umah tok,.Taktau nak buat apa,homework? tak buat pun = ='.Sedang aku bergoyang kaki[macam orang kaya tu] tok minta aku dengan kakak p hantar gulai ayam kat tok Nyiang[sebelah rumah jee].Tutt tutt aku terjumpa Amy kat situ ,pa g ajak dia p rumah sembang-sembang.Lepas tu Amy ajak p rumah dia,apo lagi minta izin tok,tok pun 'on' ja.Kami pun pergi dengan menaiki kaki*jalan kaki :-( i tak pandai bawak noto hehe,Sampai ja kami sembang,makan and so on.

Pastu taktau nak buat apa,masing-masing pakat dok cari idea nak buat apa,Then kakak suggest p ziarah kubur adik.,wahh bukan men semangat nak p ,ya la lama dah tak ziarah sejak busy kenduri kak ninie haritu.,rindu pulak kat baby Tan..[Al-Fatihah] .Kebetulan 14.07.2011 cukup setahun arwah meninggalkan kami.*Mama abah taktau kami p 'melawat' adik.Aku takot nak bagitau.Dah habis baca doa,masih di hadapan perkuburan adikku,Amy cakap .....

Amy: Kami dok bayangkan macam manalah Intan dok kat dalam ni sorang-sorang.
Aku: Tu la kan,sorang-sorang..hmm..[sebak]
[kakak diam ja,maybe dia sedih kot.nak nangis tak boleh sebab aku dah bagi warning kat dia 'jangan teriak nah!']
Amy: Kami rasa macam baru semalam ja Intan takdak
Aku: Tu laa..lepas ni kita pulak,macam mana pun nanti kita masuk tanah jugak. .
Kakak: Hmm...

Selepas itu kami balik rumah Amy ambil barang and balik rumah tok balik,Dalam sepuluh minit lepas tu mama abah sampai nak ambik aku balik rumah.Amy pun pulang ke rumahnya semula. .Mama ajak p dusun yeyy! syok weh. .Dusun tu kat Kota Mengkuang kalau tak silap aku.

Sampai ja dusun,aku terpegun tengok rambutan merah-merah,kuning-kuning dok atas pokok..kalih ja kanan aikk? ada monyet besar dok atas pokok..hehe,bukan la, cousin aku. .sorry.Selepas habes semua jenis buah kami kutip.,Matahari pun dah nak tidur ,kami masuk rumah solat Maghrib .Solat berjemaah,cousin aku jadi imam..hehehe

.Sambil dok solat tu tah macam mana aku boleh puji suara dia.sedap sedap sedap weh !,*tak kusyuk = =' .Mama cakap dia dapat sambung study kat Mesir ..agaknya aku boleh tak pandai macam dia? dapat p Mesir .bestnyaa! nak ikut..hee~.Dalam pukul 9.00 malam tu kami bertolak balik Alor Setar..

Sabtu 16.07.2011

Kenduri dayy :-). .Kenduri rumah 'Mak Leha'..hehe . ,most people call her like that.[Datin Zaleha].Memang kalau datin diorang panggil 'mak' eh ? Kenduri tu kat dalam dusun[ala ala kampung gitu].Best banyak gila buah langsat.,durian pun ada,sorry la derr ,tak da gambar laa..aku jumpa Aiman ! hahaa,so funny, rupanya dia anak kawan mama,kecilnya dunia,.Lepas dah habis makan aku p dusun lagii . .mula-mula tu mama malas nak p sebab malam tu aku tuition,lepas ditoka tambah bahagi serta kali jadilaa average ,dak dak ,mama bg dua pilihan samada  singgah tak p tuition and ikut mama p masjid atau tak singgah p tuition. .Of course la pilih yang first tu sebab malam tu nisfu Sya'ban kan ,.lagipun aku gedik sikit rindu nak jumpa cousin ..tu la yg tu tu . .hehe,.

Sampai ja rumah dusun,usha-usha tengok kat dusun,tengok rumah KOSONG! takda orang,pintu tingkap ditutup. .*sedih weii .Lepas tu abah masuk dalam kampung,nak U-turn ,then mama call makngah tak angkat,call pakngah ANGKAT! hehe,pakngah suruh mama singgah rumah mak makngah[dalam sikit dari 'rumah dusun' tadi].Dengan malasnya,aku turun dari kereta dan dengan lemah longlainya menaiki cerun untuk sampai ke rumah tersebut[atas bukit].Rasa tak da mood tetiba,cecey haha ,ya la maybe dia ikut ayah dia p jual buah rambutan kat Changlun ka,tak sempat la nak jumpa ,kecewa siot.

Eh eh ,di pertengahan pendakian,aku nampak someone lah,daripada baring dia duduk di atas pangkin di hadapan rumah.Wahh! dia ada la weh ! Teruihh aku jalan oppss naik cerun tu cepat2 ,act' kereta boleh naik cerun tu ,abah malas nak naik sat g lambat nak turun ,.Syok weh ,dia tak la handsome mana pun ,aku sukakan cara dia,tak poyo,tak control,dia simple..tapi dulu dia diam ja kalau aku p rumah dia,la ni cakap dah! for the first time i think,aku dengar suara dia,.hehe.

Lepas makan pulut durian,aku tak makan pulut durian  aku just makan durian je,[tak reti makan dengan pulut]
Selepas itu ,Balik 'rumah dusun'.Smbahyang Asar tapi kali ni tak jemaah macam malam Jumaat tu ,.tapi kali ni 'dia' baca slow-slow ,tak macam malam tu ,..kuat je,bergaum suara dia dalam rumah..Mula-mula tu ingatkan dia dah sembahyang,sebab dah pukul 5ptg dah.,rupanya belum..hehe.. Lepas tu kami bertolak pulang ,sebab malam nak p masjid. .

 the end, , :-(
[kenapa setiap cerita ,mempunyai pengakhiran?]
SI :Aku gedik kan ?

Sunday, July 17

Direct aku ja kena . . . . .

Assalamualaikum...

Kenapa aku direct kena KANTOI ? direct kena dengan hang..direct aku yang sakit hati balik ..
adoi = ='
::klik gambar untuk tumbesaran::

Arghh ! aku jeles yang teramat sangat ! sangat jeles :-( bila dia tukar status dia. .kenapa pantas sangat? kenapa time aku tengah happy dok wall-to-wall dengan hang ? hmm ,.*aku rasa yang nih pon akan terKANTOI lagi sebab aku cakap direct no simpang-simpang..Kalau KANTOI pun apa salahnya? kan best orang tu tau . = ='

::klik gambar untuk tumbesaran::

Yang nih aku terasa gila.,sebab aku dah mula berjinak-jinak dalam pemakaian shawl ala ala Yuna or Hana Tajima.hehe..'at least they wear it' hahaha ,hang kena balik..buu~  padan muka.,tu la at least aku pakai dari tak pakai ,kan kan ? oh lupa aku kan YUNA..hee~


::klik gambar untuk tumbesaran::

Mula-mula tu aku tak paham lagi apa yang dimaksudkan oleh penghupdate status ini ,selepas itu baru aku tau setelah dia cakap aku hotstuff . . erk ? bila ehh? takmau aku jadi hotstuff. .

::klik untuk tumbesaran::

SI: Kalau hang baca ni mesti hang gelak kan ? hahahaha,aku harap hang tak baca la nohh..



Saturday, July 16

Wanita Oh Wanita !

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi dunia, .yess! dah pagi rupanya ,.aku nak share kat hampa sai wanita @ perempuan @ aweks @ cikaro @ apa-apa sahaja. .
Kalau hampa sedar lah kan..kalau tak sedaq tu taktau nak kata apa ,kebanyakan wanita sekarang sudah melampaui batas.Sorry to say,.

Tengok orang puteh pakai  daging atas kepala kita pun nak jugak p amek daging dalam peti ais letak atas kepala,lepas tu mak cari daging  nak masak takda.*tak pasai-pasai nanti Lady Gaga nai saman aku.



Kenapa suka pakai sexy sexy ? kalau tak pakai macam tu tak boleh hidup ka? apa salahnya kalau kita sebagai orang Islam menutup aurat kan lebih enak dipandang.Kadang-kadang aku pun malu jugak sebab dilahirkan sebagai wanita,aku malu bila sesetengah lelaki mengeluarkan kata-kata pedas tentang wanita yang tak menutup aurat.erm ,agak terasa kerana aku ada seorang wanita dan mereka berkata kepada kaumku.Tapi apa-apa pun aku harap kaum Hawa ini diberikan hidayah supaya mereka berubah.Amin,.

Iklan tv pun satu hal.,agak memalukan apabila kebanyakkannya menayangkan sebahagian daripada tubuh badan mereka *i tau la badan you tu cantik tapi lagi cantik kalau you pakai baju.Harta yang ada pada you tu jangan la tunjuk-tunjuk.bagi suami you tengok dah la = =' ,.Aku paling malu bila tengok iklan tentang tuuttt tutt yang ada gambar belon,buah epal or so on.Disebabkan itu aku rasa lain je setiap kali makan epal..erkk? takde rasa nikmat,.

Kan lebih baik kalau pakai macam ni.Aku pun teringin nak pakai macam ni,ermm...kat mana nak dapatkan purdah wei ? Haritu mama p Mekah dia cakap dia nak beli tapi takot aku takmau pakai.Dulu YA takmau sebab kawan-kawan takpakai la ni NAK sebab nak menutup jerawat oppsss takda lah,sebab nak tunjuk mata i,lagi la dak..sebab hati aku dah terbuka nak pakai purdah.

Sorry la weh,aku bukannya nak kata kat hampa,hanya sekadar berkongsi pendapat je,pendapat hampa pulak macam mana? agak-agak sependapat dengan aku tak ?

SI :bye kenduri yaww

saja nak bagi tau . .

Assalamualaikum...

husband-to-be.....
::maaf ye ,pinjam gambar sekejap::

Mukadimah kat atas sama dengan entry aku kali ini, sebab aku dah mula berminat akan kaum Adam yang soleh.Bukannya seperti dahulu,bukan aku tak berminat tapi tah la,dulu aku lebih suka lihat dari segi fizikal dan bukannya batin seseorang untuk diminati.

Tengok sikit yang handsome,putih melepak,mata sepet ala-ala cina tu mula nak suka..chop orang tu chop orang ni . . ,jumpa ja lelaki yang not bad ,."kami chop dia !", dalam keadaan sunyi pun bila nampak seseorang yang handsome"chop !"[terkejut abah,sawan ka apa anak aku ni] mula la abah tanya chop apa,and aku pun tipu cakap tu kereta tu cantik[sorry abah]..hahaha ,..ahaha fikir-fikir balik lawak la pulak..kesian kat orang yang kena chop tu sebab dia taktau apa-apa. .

Aku mula menyedari tentang hal ini,err..masa hari Qiamullail hari tu. .sebab kalau difikir-fikirkan balik 
kalau handsome tapi tak cukup ilmu agama buat apa ye tak? adakah dengan kehensoman dia boleh membimbing kita ke jalan Allah S.W.T.? tak kan ? sekarang aku nak hampa fikir sai hal ini. .tapi kalau dua-dua cukup,i mean dari segi rohani atau fizikal cukup kira anugerah Allah kepada seseorang itu,atau dari segi fizikal tak memuaskan dan dari segi rohani ok,.why not ? try je la,janji dia boleh membimbing kita.

Perkara seperti ini telah menyedarkan aku prihal memilih suami dengan cara yang betul.hahah ,muda-muda lagi dah fikir kawin ,.tak salahkan kalau sekali sekala fikir sejauh ini,.Ini namanya merancang masa hadapan,.*kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. .ingat tu!

SI :seronok bila 'orang tu' imamkan kami solat Maghrib tadi ,sedap 'dia' baca . . 

Thursday, July 14

posts yang ke 100 !

Assalamualaikum...Aku berjaya menghupdate belog sampai 100 termasuk entry nih. . .



-klik gambar untuk tumbesaran-



SI : bangga sat ..ngee~

Peliks . .

Assalamualaikum ...

Aku kehairanan kepeliktan sangat kat budak-budak tusyen aku. .Kenapa  aku masuk je kelas semua usha aku macam monyet masuk kampung je,riuh satu kampung ,haha ,. .maybe style aku pakai shawl hari ni . .kan kan?
Aku pakai ala ala Maria Elena. .
macam ni -

::dari tepi::
sorry terover. .hehe ,.
selalunya aku pakai tudung bawal jee. .
blur je muka aku nih ..haha

Haha..malu gila time masuk tu ,tapi lama-lama ok dah ,tak rasa apa apa ..tapi aku perasan ada orang tengok aku . .adoii ,biaq la..you know what .,time i nak masuk kelas tu i've saw AA haha ,ingatkan sapa ,.adoi dia tengok aku..malu malu ,.dengaq aku cakap dengan kakak . .nerdie tu pun tengok aku .,errr...ok , ,haha time nakbalik pon sama ,.act' aku pun dok usha dia jugak ,sebab tak puas hati dia dok tengok-tengok aku = ='.Ok nak tidoq..byebye..

nothing . .


Wednesday, July 13

Tak cukup lagi ka mengutuk budak-budak convent ?

Assalamualaikum w.b.t...

SMKCONVENT-Baru-baru ini telah diributkan oleh perbuatan seorang guru mengutuk tempat bekerja sendiri,dan sekarang telah ditaufankan pula dengan orang yang tak sayang mulut oppss jari jemarinya yang runcing itu.Aku pun taktau nak comment apa about benda ni ,sebab terlalu over.

Tetapi kalau anda perasan,ayat yang digunakan hampir sama di dalam semua entrynya..contoh :


'Dia' suka menggunakan perkataan pendek,gemok and so on ,yang ada kaitan dengan fizikal seseorang."kaki pendek .ou boleh join team kaki pendek sedunia"


  • "dah pendek buad cara pendek , toksah duk pakai heel yang memang cramp HEEL"
  • "this is call pendek ,ketot"
  • "you tu keding ja .skali aku tabuh mmg jatuh "
  • "badan you nie tembam mcm hippo . SUMPAH tak elok wehh . pi LONDON WEIGHT MANAGEMENT"
  • "si gigi tak sama . wehh tak pyah duk buad hot pluss segak . balik pi hbaq kat mama ksygn sruh buad BRACES . gigi bwah you kan iman tak sama la lelaki if na tckle prempuan secara jujur bukan tgok pada segak but dia tgok pada GIGI"

Aku pun taktau la apa kaitannya boyfie dengan gigi. . maybe otak 'dia' sering berfikir secara negatif saja kot ? ..manusia..



  • "awad lla budak CONVENT bodo kehabisan tahap tetiawwwwwww ?"

Agak sakit hati bila 'dia' cakap macam nie,please la weh,kalau kami pandai kami tak p sekolah dah lah,*aku bukan maksudkan tak pandai a.k.a bodoh tetapi cari ilmu ,tambahkan ilmu..ada paham ? haha,'dia' la kott yang tak berapa cerdik ,sebab tak pikir jauh dalam hal nak mengutuk-kutuk orang nie,err..aku rasa hang pun budak convent jugak ,.hahahaha.

Ok tu ja..kalau nak banyak-banyak p kat SINI!


Kepada admin belogg tersebut tolonglah sedar akan apa yang anda 
lakukan.

SI :jangan dok buat dia masukkan nama aku dalam  upcoming list dia dah . .

Tuesday, July 12

Video Qiamullail ,!

Assalamualaikum...

Ingat tak lagi aku pernah cakap nak upload video Qiamullail hari tu ? yess ! hari ni,err..i mean tadi baru je Alin bluetooth video tu.Terhapuslah segala kerinduan kepada ustaz oppsss ! suara ustaz tersebut.hehe,kalau ustaz tu pun apa salahnya kan ? *ok i tau i gatal.

Dah dah takmau cakap panjang-panjang nah ..eeee malu la nak upload ;) nah nah ,dua cukup okay[tamak!]..

Aku suka yang nih ,tenang je bila dengar.Calon suami lah kata kan ,hehe

Sorry bising sikit,sebab tak letak jauh jauh..menyesal la pulak. . :-(

one more things !
IGNORE THE VIDEO JUST DENGAR SUARA SAJEE!
*Punya kedekut takot orang amek ustaz dia
No laa..ada yg org tgh tido..sbb tu la,
tapi ustaz tu jgn amek..hehe

SI: Harap-harap dapat jumpa ustaz Zubir ni lagi ,Amin. .

Monday, July 11

belogg BARU ..


Yey ! belog baru ,cantik tak kalau saya tukar macam ni? soft colour,saja nak tukar selera,hitam jek boring la..
Header belog aku ni nampak macam cilok pics orang tak ? sendirian berhad okay. cantik tak? hehe *ok aku perasan.

::klik gambar untuk tumbesaran::


SI : belog baru..ciwi !

K A N T O I

Ini bukanlah lagu kantoi by zee avi tetapi kantoi kerana saya stalk someone. hahaha..malu la weh !,
Aku tak stalk hang pun,..ok tu ja yg nk bagitau.kbye.

Tak sangka sangat-sangat. .
ada orang reply status mood aku dengan status mood dia. .
or
 hanya kebetulan maybe?
err..i don't know ,

::klik untuk tumbesaran::

Weii ! please la tuduh kami yang bukan bukan !

Aku penat,tak larat nak terima tuduhan hampa..Kenapa suka tuduh kami? kami cakap benda yang betoi la weii ,! Kami tau kami pernah buat salah tapi jangan tuduh kami sampai macam ni,jangan tuduh kami sampai kami tak kawan dengan hampa dah.Kira bagus la kami kawan dengan hampa lagi.Persahabatan kami dengan hampa tak dikira dengan duit.Kita dah kawan lama wei.kenapa hari ni baru hampa nak marah kami macam-macam.

****,kami dah text hampa,kami dah cakap kami tak jadi p tengok ummu,mana lah kami nak tau hampa bawak phone ka tak.After that baru hampa inform kami guna number mama hampa yang hampa tak bawak phone.Lepas tu kami dah text kat phone mama hampa yang kami tak p,kenapa masih nak tuduh kami itu ini ?

******,hang apa kes dok marah-marah aku sebab aku tak p? aku dah cakap kat **** kot,takkan dia tak gtau hang?

Lagi satu aku tak tipu hampa la ! betoi la aku text ummu ! **** pon baca text ummu wea ! takkan ummu nak tipu sai benda ni.Aku takkan cerita benda yang karut marut sai kawan-kawan aku kat orang la,benda kecik nak bagi besar apa kes?.Wad ummu pun aku taktau tanya aku buat apa? aku dah bagi number ummu kan? call la dia,macam yang aku dah kata tadi aku text dia tak REPLY! 

Okay,aku baru ja text syafiqah,tanya dia betoyy ka tak ummu masuk hospital,dia cakap "Betoi la rasanya.dya tk mai sekolah dua hari dh.Td km kol dai tk angkat.Lepastu km try kol num mak dia td.Dy dh ada kat rumah lani"Ummu discharge bila pun aku taktau,Jangan dok nak marah orang melulu jah,siasat la dulu,tanya la elok-elok,kalau hampa tanya elok-elok aku tak update aeh belog nie,buat entry pelik-pelik macam nih,


Tu kira okay lagi what aku tak kutuk maki hamun hampa terok-terok,tak tulih nama hampa..Apa apa pun harap hampa dengaq penjelasan Syafiqah..

jom join bloglist azrijohan



tagline wajib ! ^^
'keep on smiling'

Saturday, July 9

no title

Kenapa kalau aku cakap aku insaf orang tak percaya? aku ni teruk sangat ka? please jangan perlekehkan aku i know what i'm doing.Aku hanya minta korang doakan aku untuk perubahan aku ini.Harap kekal selamanya.Amin...


SI: Aku pun nak jugak jadi macam Amalina,Fatimah dan lain-lain yang berjaya tu.

TAK MAU BALIK!

Assalamualaikum wbt..

Saya sudah selamat sampai rumah,Alhamdlillah...tapi rasa ralat gila sebab tak boleh tunaikan solat-solat sunat,hmm..lepas habis 'abc' ni nak try buat kat rumah lah,kalau berjemaah kan lagi afdhal ya tak?
Dulu aku selalu janji dengan diri aku sendiri nak buat solat-solat sunat tapi.paham-paham ler,sampai sekarang aku tak amalkan..

InsyaALLAH lepas ni aku nak amalkan,doakan yer ,.Aku rasa berdosa sangat sekarang ni,.rasa aku ni kerdil sangat,Ya Allah maafkan hambaMu ini kerana kelalaianku terhadapMu.

Weii weii .Aku jatuh cinta wei! jatuh cinta kepada suara ustaz yang mengimamkan solat kami pagi tadi.[3.30 pagi] .Suara dia pergghh! sedap siot ,sedap dari Justin Bieber,.nanti aku upload video time kami tengah I'tikaf.Tapi tak dengar suara kami pun,suara ustaz tu yang kuat.mau tak pakai mic haha..Tapi tak berapa nak sedap sebab kami bersembang time tu and phone ltak kat sisi,kalau duduk jauh sikit maybe lagi ok kott.

Sekarang ni rasa rindu gila nak dengar suara dia.,membuatkan aku insaf sampai sekarang.Alhamdulillah kalau tak,taktau bila lagi aku nak insaf nih,.Ustaz tersebut mude lagi yawww.

Ni aku share serba sedikit yang aku tau about ustaz tersebut...
Nama sebenar Mohd Zubir B. Murad..Umur dalam 20'an muda lagi..Mengajar di sebuah sekolah rendah yang terletak di Daerah Kulim,Kedah.Berkelulusan luar negeri[Mesir],jurusan apa toksah dok tanya aku,taktau bhaii,.Berasal dari Pokok Sena,Kedah.Tu ja yang aku tau,kalau tau email dia kan lagi bagus boleh email tanya pendapat dia..takpa takpa tu pon kira bersyukurlah dia sanggup p sekolah.

Aku bahasakan ustaz tersebut dia boleh dak ?[tak berapa selesa pangil pangilan formal]
Nak tau dak sebab apa aku cakap dia sanggup p sekolah aku? Firstly,sebab sejenis ja..hahaha,dak dak,yang tu semua orang tau.Status diri taktau,.tak kawin lagi rasanya.hehe

Bayangkan dia naik moto dari Kulim ke Alor Setar ? moto weii..jauh kot,.dia bertolak ke Alor Setar pada pagi Jumaat dan sampai pada 11 malam.Ustaz tu cerita kat kami semua time kuliah subuh.Dia suruh tengok kat pipi kanan dia..ada kesan jahitan,.pipi dia dijahit pada 11 pagi tu.Taktau lah sebab apa,.dia tak cerita.Dia berkata lagi,kalau tidak dia takmau mai,dia dah putus asa nak mai atas sebab tertentu[aku rasa sebab pipi dia tu la],dan dia try call kawan-kawan dia yang ada di sekotar Alor Setar untuk menggantikannya.Disebabkan tiada seorang pon yang free,maka dia terpaksa datang walaupun sakit.Sebab keduanya ialah,dia dah faxkan surat.takkan nak mungkir janji pulakk kan,.Lain-lain sebab sorry aku tak ingat..hehe

SI :Bila lah PMS[Pre Menstrual Syndrome] aku ni nak habeh haa? 

Thursday, July 7

Qiamulail

Assalamuaikum..kalau tak jawab dose kalau jawab sayang ;) [sorry maria elena i curik u punya tagline]

Mama takmau p sekolah balik! nak duk rumah ,.nak online sebab hari ini saya sudah free!! eh eh nyo nyo nyo nyo..belum lagii.tapi saya nak cakap kat kamu kamu kamu dan kamu bahawasanya exam Gerak Gempur 1 sudah habeh..!hehe..tapi kali ni macam tak yakin boleh dapat result macam haritu..hurmm..mom day ,sorry if don't get excellent result.,
::muka orang happy exam habeh,hahaha::

Qiyamullail,rasa malas nak p sebab kalau aku p,aku bukannya boleh sembahyang kalau dengaq ceramah tu ok la,rasa rugi pon ada jugak ,,haehh..cikgu tukaq hari len tak boleh ka? lagi satu,aku takot hantu convent..heee~
Insya-Allah takdak noh,.*ehhh mulut kau capul sangat lah!


Oke lah nak p siap beg ,mandi..wee! salam bye!


SI : i miss you tokkie ! sorry tak lama text you ,

Wednesday, July 6

Kenangan yang takkan pernah dilupakan !

Assalamualaikum..

Apo kabar ?.nak ceritalah hari ni..*bukan semua entry kau cerita ke? .Cerita nie time aku form 2...

  Pada suatu hari yang tak berapa indah di sekolah.Aku bersama Alin mencari kerja,biasa la bila cikgu yang agak membosankan masuk kelas mulalah kami mengukur bangunan.Naik turun..naik turun..blok A..blok B sampai lah ke blok G.Penat jalan kami duduk,*naseb bek cikgu tak tahan kami.Selepas itu,kami ke koperasi,kerana terdapat beberapa orang asing sedang membawa stok-stok untuk bulan ini,sebagai pengawas koperasi kami pun meringan-ringankan tangan menolong*tolong tengok ja.


Lima belas minit kemudian cikgu rasmi ko-op datang dan menyuruh kami membantunya mecari beberapa orang pelajar form 1,2 dan 4..form 3 dan 5 sedang sibuk dengan tugas masing-masing maklumlah PMR..SPM kan semakin hampir.

Cepat saja mulut kami berkata ''takpa cikgu kami boleh tolong carikan'' *belajaq malas jalan mau apa nak jadi nih.Kami kembali ke kelas kelihatan cikgu Husna sedang bercakap sesuatu kepada classmate kami.Kami meminta izin dan berlalu ke Blok form 1 dari 1A sampai lah 1KBA(kelas bahasa arab)..hanya seorang sahaja yang berminat.Kemudian kami ke blok batch kami..Kali ini hanya 2 orang sahaja yang berminat.Seterusnya ke blok form 4.Batch ni lagi la teruk seorang pun takmau.hmm...buntu.

Kami kembali ke ko-op.Cikgu bilang pelajar form 3 bisa juga mencuba.Kemudian kami ke blok form 3 dari 3A sampai ke 3KBA(kelas bahasa arab).Kali ini,pelajar yang berminat menyertai telah bertambah dua orang.Dan setelah tolak tambah bahagi averagekan kesemuanya ada dalam 8 orang.

Cikgu memerlukan wakil dari setiap kelas untuk menyertai dan sebelum itu terdapat ujibakat dahulu,sesiapa yang berjaya akan ke peringkat kemudiannya.Kelas aku masih tidak mempunyai wakil,semua orang pilih 'Ratu Karoke' kelas kami Tyra.Kebetulan Tyra tidak hadir pada hari itu lalu aku mengisikan namanya tanpa memberitahu dia.hehehe jahat dak ? Then,part ni yang malu nak cakap neh ,aaaaa! aku letak nama....nama...err...AKU? haha..aku pon dua kali lima ja dengan Tyra dok melalak dalam kelas.hehe, tapi suara Tyra ok lagi daripada aku,sumbang sedikit la sorry.*blushing*

Kini tibalah masanya ..hari yang menentukan aku dapat membuat persembahan pada hari guru atau tidak.[pada hari tersebut juga terdapat judges] .

Pada pagi itu semua wakil setiap kelas dikehedaki berada di Makmal Komputer 1 untuk ujibakat.Actually,tak boleh berduet tetapi kami merayu kat cikgu.maka ramailah yang meniru kami nak berduet jugak.Kalau tak silap aku dan Tyra dapat no 9 kott..err,tak penting.. seorang dem seorang membuat persembahan tanpa muzik,*mesti dengar suara kau sumbang kan ? Sebelum turn kami aku dah Tyra keluar untuk mengambil angin dan memilih lagu yang sesuai dengan ton suara.*bajet* Dan kami telah memilih sebuah lagu jiwang..erkk..yang bertajuk Luahan Hati by Apit Baron Bros.*malu,sebab lagu tak menarik langsung!* 


Dan kini tibalah turn kami.Aduss,..dup-dap-dup-dap jugak la..tapi aku tak tengok peserta lain just tengok straight bawah atas muka juri.Oh ya juri yang hadir ialah Pk-koko.,Pk-pentadbiran dan guru muzik serta cikgu ko-op tadi.Satu..dua..tiga...pertama kali ku dengar suara mu..sayunya hatiku merindui dirimu..bla..bla..bla..Setelah selesai kami dikehendaki keluar sementara para juri berbincang.

Lima belas minit kemudian,kami dipanggil masuk dan kesemua nama yang berjaya ke peringkat seterusnya diumumkan.Nama aku ? jangan perasan la ,takda hahaha..nyanyi macam katak panggil hujan nak terpilih macam mana? Tetapi agak kecewa la..hehe ,Tyra pun tak dapat.takpe weh janji kita berani masuk.aku berani kan kan kan ?

Setelah waktu rehat tamat,aku dan 'T.T'(nama geng ok) masuk ke kelas dan tidak keluar-keluar dah sebab cikgu masuk awal dan cikgu tersebut pula garang that's why kami tak lap class dia..haha,..Sedang seronok belajar*cikgu buat lawak Tuk..tuk..tukk..''Assalamualaikum ,cikgu boleh saya berjumpa dengan Syahirah ?''.Kebetulan terdapat dua orang yang bernama Syahirah di dalam kelas tersebut.Lalu semua orang bertanya ''Syahirah mana?''.dia hanya mengeleng.Aku bangun dan menghampiri junior itu. "Sapa nak jumpa?" Dia menjawab cikgu Sopiah.Ohh,baru lah aku sedar bahawa yang dipanggil itu ialah aku.Biasa la nama aku kan popular.Pencuci muka pun ada nama aku..hehe.

Aku berjalan sepantas yang mungkin kerana junior yang tidak diketahui nama itu memberitahu bahawan cikgu nak jumpa sekarang.Sambil berjalan aku memikirkan sebarang kemungkinan dan bertanya kepada diri aku 'aku ada buat salah ka?'.Setelah sampai.,.cikgu berkata ''kamu dipilih untuk ke peringkat seterusnya,esok.prepare lagu.''..Aku senyum gembira..Lalu mengucapkan terima kasih lalu berlalu ke kelas dan memberitahu rakan-rakan.


Keesokan harinya(Hari Guru),hari yang dianti-nantikan.Aku memilih lagu dendangan Rossa tak hingat tajuk apa.,mula-mula mama suruh nyanyi lagu rancak tapi aku tak berapa minat mau semput mampus.Turn aku kali ni ialah ke-4.Kalau tak silap aku terdapat 6 pelajar yang terpilih.Juri untuk kali ini ialah cikgu Khadijah(Katy) dan guru muzik.Persembahan pun bermula setelah kesemua pelajar membanjiri Dewan Elit.Dan tibalah masanya aku mebuat persembahan.terasa kekok sekali kerana sebelum ini Tyra menemani aku tapi kali ini hanya aku seorang berdiri di atas pentas yang besar ini dan ramai penonton di bawah *terasa seperti dunia ini aku yang punya..hahaha .Dak dak gugup baq hang! kecut peqot cek.Setelah aku menyanyikan baris pertama lirik lagu tersebut yang tidak diingati tajuk,semua penonton menyorak dan menepuk tangan,erk? sedapkah suara aku?.Alahh first-first memang sedap tapi dah dekatmkorus yang kena tarik tu sorry darl pitching i lari lah.hahaha..Aku masuk comp ni pun sebab seronok-seronok kerana tidak pernah merasai pengalaman ditonton seperti ini.Setelah habis sabuah lagu aku nyanyikan,aku berasa amat lega dan tidak merasai apa-apa,arti kata lain buat dek ja suara aku sedap ke tak janji impian aku dah tercapai..ahahaha

Kemudian nama pemenang diumumkan aku tidak mendapat that top 3.mybe no 4 kot..hehehe,..Aku bersyukur sangat-sangat tidak ada sesiapa pun yang mangutuk,mencaci aku dengan nyanyian aku tadi..hahaha..kelakar la awak ! tapi kalau ada orang yang terasa nak makan kasut saiz 6 aku try la cakap macam-macam.haha,.

Oke lah awak,tu je kott cerita saya,.dah mengantok la,esok exam ! OMG nak p baca buku nah bye..,Salam...

SI : kalau ada lagi tahun ni aku nak masuk dan nyanyi lagu Lady Gaga-Bad Romance,.p duduk tepi Pengetua..hahaha *just kidding*

Sunday, July 3

err...



SI : just to remind myself about books...

Saturday, July 2

[untitle]

Kenapa ? takboleh kah kalau sekali sahaja jangan bagitau sapa-sapa ? Aku nie teruk sangat ka ? kejam sangat ka ?

Aku tak minta nak tau semua ni..tapi dah takdir..Semuanya aku dah tau TANPA sengaja...diulangi TANPA sengaja bukan sengaja nak amek tau semua tu..semuanya secara kebetulan.Aku tak minta semua ni jadi,aku tak mengharapkan semua ni,tolonglah faham.Aku tau segala yang mereka buat,tanpa aku sedar dia telah ......

Allah nak tunjuk perkara yang sebenar sebelum orang-orang disekeliling menipu ,memfitnah ,mengaibkan aku dan lain-lain.Aku cuba jadi sempurna tapi as you know nobody's perfect.Kalau mereka perasan aku semakin pelik yeah, aku pon perasan yang aku pelik,bukan aku sengaja nak jadi pelik mungkin dihantui oleh semua yang terjadi sampai aku jadi teragak-agak nak cakap nak bagitau semuanya kat mereka..Aku dah tak seyakin dahulu.,mereka tak maafkan aku sepenuhnya,tak maafkan aku lagi.

Sekarang ni aku menagih maaf daripada mereka,tapi aku tak nak ungkit semula perkara buruk tu ! Aku tak sanggup nak hadapi hidup ni,Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini,seorang yang amat daif di muka bumi ini,bantulah aku Ya Allah.

SI: Jangan ingat aku budak blur yang taktau apa-apa,

exam week :)

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirrahim....03/07/11 adalah hari pertama saya Exam Gempur ! Wow apa itu ?  exam gempur adalah persediaan sebelum perperiksaan BESAR ! err..Percubaan Sekolah lah senang cerita tak gadoh nak terang panjang-panjang kan..

Rasa malas nak update belog dah la...bukan takdak story best tapi tu la kan..mood tak menentu.nak kata sedih tak happy jah,..hmm taktau lah..oke lah aku rasa nak stop blogging dalam seminggu,.cari feel balik,.tapi rasa maam tak boleh jah stop blogging sat..belog nie dah macam kawan aku dah..tapa bekorban..ahaha..*AKU GILA !*

SI: bye muahh !